Jenayah

MAS Akan Tubuh Pusat Gerakan Sebaik Sahaja Pesawat MH370 Ditemui

tragedi mas_4PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) akan menubuhkan sebuah pusat gerakan di Kota Baru atau Ho Chi Minh, Vietnam sebaik sahaja lokasi pesawat MH370 yang hilang, dikenal pasti.

MAS dalam satu kenyataan di laman webnya memberitahu, pihaknya akan membuat persiapan yang perlu termasuk mendapatkan bantuan daripada pakar pengurusan pemulihan bencana dari Atlanta, Amerika Syarikat.

MAS juga telah menghantar sepasukan 94 kakitangan terlatih dan ahli-ahli Yayasan Tzu Chi untuk memberi sokongan emosi kepada keluarga mangsa.

Sepasukan lagi kakitangan akan diterbangkan ke Beijing lewat hari ini (Ahad),” jelas kenyataan itu.

Setakat pukul 7 pagi Ahad, operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 masih belum menjumpai sebarang petunjuk baharu.

Operasi yang dilakukan pada malam Sabtu akan diteruskan,” kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");