Jenayah

MAS Minta Keluarga Penumpang Bersedia Dengan Pasport

mappSEPANG: Malaysia Airlines difahamkan telah meminta anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China, supaya bersedia dengan pasport masing-masing dan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6 petang Sabtu.

Suhaili Mustafa, yang bersaudara dengan seorang daripada penumpang pesawat itu memberitahu pemberita di sini, abang dan ibu beliau akan berada di KLIA petang Sabtu.

Suhaili adalah anak saudara Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad.

Sementara itu, Putih Idris, 68, berkata menantunya Nor Fadzilah Mat Rahim, 37, turut menaiki pesawat ke Beijing itu atas urusan kerja.

“Kami mendapat info daripada MAS pada pukul 6.30 pagi tadi, saya doakan dia selamat. Dia menantu yang baik,” katanya.

Beliau berkata, anaknya iaitu suami Nor Fadzilah, akan bersedia di KLIA untukmenaiki penerbangan ke lokasi insiden yang belum ditentukan lagi.

Suasana di KLIA kecoh sedikit apabila keluarga penumpang keluar dari anjungtinjau KLIA iaitu tempat berkumpul keluarga terlibat lalu diserbu media untuk ditemu bual.

Beberapa anggota keluarga yang ditemui enggan ditemu bual kerana terlalu sedih. -BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");