Isu Panas

Masih Ada Masa, Yakinkan Pengundi Bahawa Undi BN Demi Rakyat, Undi PKR Demi Anwar

kajang byelectionlogo

KUALA LUMPUR- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menggesa jentera peRgerakan itu agar menggunakan baki tempoh berkempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang untuk meyakinkan seramai mungkin mereka yang berada di atas pagar.

Menurut beliau mereka masih berpeluang untuk meyakinkan golongan atas pagar itu supaya golongan tersebut yakin dan tidak ragu-ragu lagi untuk membuat pilihan dengan mengundi calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun Ahad ini.

“Jumpa setiap pengundi muda yang ada. Kita jelaskan bahawa yang membezakan pakatan pembangkang dengan kita adalah BN bertanding demi rakyat Kajang…PKR bertanding demi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau tidak pilihan raya ini tidak akan diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sembang mesra bersama pengundi dan jentera parti di PDM Batu 10 dekat sini, Khamis malam

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah pengundi di Kajang bukannya menjadi matlamat utama pilihan raya kecil tersebut.

“PRK Kajang diadakan bukannya sebab wakil rakyat dahulu meninggal…bukannya wakil rakyat dahulu dihukum di mahkamah. Tetapi PRK ini diadakan sebab wakil rakyat dulunya letak jawatan.

“Dan BN datang ke Kajang bukannya untuk mana-mana individu… kita bertanding menawarkan diri kerana enam tahun di Kajang ini merekalah wakil rakyat dan merekalah kerajaan negeri.

“Kita nampak segala janji yang mereka buat tak tertunai…sepanjang enam tahun mereka buat apa…yang datang ke sini demi rakyat tidak lain tidak bukan adalah BN…inilah yang perlu kita sampaikan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai pengundi muda sejurus program berkenaan, Khairy menambah walaupun masih ramai yang berada di atas pagar tetapi ianya menunjukkan perkembangan positif.

“Sebab itu kita tekankan perlu berjumpa dengan mereka. Masih ada masa lagi. Kalau kita jelaskan kepada mereka mungkin mereka boleh bersama dengan kita…Tetapi kena kerja kuat baki tempoh berkempen yang ada ini,” katanya.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");