Jenayah

Mayat ditemui di laluan pejalan kaki

mayat ditemui di laluan pjlan kaki

KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental ditemui tertiarap di laluan pejalan kaki berhampiran bangunan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini malam kelmarin.

Kejadian disedari oleh pelajar perubatan yang lalu di blok bangunan terbabit dan terserempak dengan seorang  lelaki tertiarap di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, pelajar berkenaan hanya nampak susuk tubuh lelaki di atas ranting di kawasan itu selepas pulang dari bilik X-ray untuk ke asrama.

“Lelaki berkenaan berpakaian lengkap serta terbaring di atas ranting dan apabila diperiksa oleh Pegawai Perubatan kecemasan, pihaknya mengesahkan mengenai kematian mangsa.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan kita turut menemui selipar dipercayai milik mangsa di koridor tangga tingkat 7 bangunan hospital dan mungkin lelaki itu terjatuh dari kawasan terbabit,” katanya kepada media.

Idris berkata, mangsa yang merupakan pesakit psikiatri yang menerima rawatan di HUSM semenjak 20 Julai 2011 sehingga 8 Januari lalu, telah menerima rawatan sebanyak enam kali.

“Mangsa juga dikatakan telah bercerai dengan isteri dan hasil perkahwinan terdahulu mempunyai dua anak lelaki.

“Mengikut maklumat, dia juga kini tidak bekerja dan tinggal dengan kedua ibu bapanya,” katanya.

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa telah dikesan dan mayat mangsa di bawa ke unit forensik untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut keluarga.

“Kematian mangsa diklafikasikan sebagai mati mengejut dan tiada kaitan dengan unsur jenayah,” kata Idris lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");