Isu Panas

MH370: Pembangkang Lebih Baik Duduk Diam-diam Daripada Bercakap Tin Kosong

logo mh370_1

KAJANG, 22 Mac – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Shukur Idris mengecam tindakan pembangkang yang mempermain-mainkan serta mempersendakan isu kehilangan pesawat Mas MH370 ini dengan melontarkan komen-komen negatif terhadap usaha yang dilakukan kerajaan sehingga ke hari ini.

Sambil menyifatkan tindakan pembangkang itu sebagai mementingkan diri sendiri dan tidak matang, beliau berkata adalah lebih baik pembangkang duduk diam daripada bercakap seperti tin kosong.

Beliau turut meluahkan rasa kesal dan sedih beliau dengan sikap pembangkang yang tidak memberi sebarang sumbangan dalam usaha ini, sebaliknya hanya tahu melemparkan komen dan kritikan negatif terhada usaha kerajaan dalam menyelesaikan perkara ini.

“Apa yang kita lihat hari ini, kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan hal ini dengan bantuan negara-negara lain seperti China, Amerika, Australia, Indonesia dan beberapa buah negara lagi.

“Dalam isu kehilangan pesawat ini bagi saya kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak khususnya kerajaan kerana sehingga ke hari ini, biarpun dibantu oleh puluhan negara luar, pesawat tersebut masih belum dapat dikesan dan ditemui.

“Bahkan negara-negara berteknologi tinggi seperti Amerika dan China juga masih gagal mengesan di mana lokasi sebenar pesawat tersebut. Ini bukan perkara yang main-main. Pembangkang hanya pandai buat tuduhan sedangkan kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha mencari pesawat tersebut,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu menurut beliau, pembangkang seharusnya memikirkan sensitiviti ahli keluarga yang terbabit dalam tragedi ini sebelum menjadikan isu kehilangan pesawat ini sebagai modal ceramah politik mereka serta mengeluarkan komen dan kenyataan yang boleh menambahkan beban kepada ahli keluarga terbabit.

“ Pembangkang harus sedar bahawa isu kehilangan pesawat ini bukanlah satu isu yang kecil dan boleh dipermain-mainkan dan dipersendakan. Ini perkara serius dan merupakan satu beban besar yang ditanggung oleh kerajaan, khususnya kepada ahli keluarga mereka yang terbabit.

“Kelihatannya hari ini, pihak pembangkang bersikap agak melampau dalam memberikan sebarang komen dalam isu kehilangan pesawat ini yang boleh memberikan lagi tekanan terhadap ahli keluarga mangsa.

“Jadi saya minta agar pembangkang jika tidak dapat membantu, duduklah diam-diam dan janganlah mengeluarkan komen dan pandangan yang bodoh dengan pelbagai tuduhan serta membuat lawak dalam isu kehilangan pesawat ini,” tegasnya.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");