Jenayah

MH370: Terdapat 2 ciri ganjil – Penganalisis

malysia21032014

Penganalisis berpendapat perbualan antara pembantu juruterbang dengan menara kawalan serta pengawal trafik udara adalah rutin yang sempurna, bagaimanapun terdapat dua ciri yang didapati ganjil.

Komunikasi kokpit pesawat MH370 yang hilang sejak 15 hari lalu didedahkan oleh The Telegarph.

Perbualan antara juruterbang bersama menara kawalan dan pengawal trafik udara itu berlaku semasa pesawat Boeing, B777-200ER itu berada pada paras ribuan kaki di atas Laut China Selatan.

Saat penting itu berlaku pada pukul 1.07 pagi semasa peranti isyarat Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) menghantar mesej terakhir sebelum ia dimatikan 30 minit kemudian dalam keadaan sengaja.

Transponder pula ditutup pada pukul 1.21 tetapi para penyiasat percaya ACARS dipadamkan sebelum pembantu juruterbang mengucapkan selamat tinggal pada pukul 1.19 pagi.

Bekas juruterbang British Airways yang berpengalaman menerbangkan B777, Stephen Buzdygan berkata, ciri pelik yang menimbulkan syak wasangka kehilangan pesawat berkenaan tanpa kemalangan, kegagalan komunikasi dan pesawat berkenaan berpatah balik ketika berlaku penyerahan kawalan trafik di Kuala Lumpur ke Bandar Ho Chi Minh.

“Jika saya mahu mencuri pesawat berkenaan, waktu itulah saya akan melakukannya,” kata Buzdygan.

Tambahnya: “Ia mungkin ada sedikit ruang mati antara pengawal trafik udara…satu-satunya masa semasa penerbangan mereka tidak dapat dilihat dari darat.

Berikutan itu, wujud spekulasi sama ada pesawat MH370 mengalami kemalangan atau rampasan.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");