Sukan Hari Ini

Misbun Ramdan terpaksa tarik diri

SFMISBUN 3

MISBUN RAMDAN tidak mengikuti sesi pemilihan skuad Piala Thomas negara atas alasan masalah kesihatan:-

PEMAIN muda, Goh Soon Huat dilihat mempunyai peluang cerah untuk mengisi slot pemain perseorangan keempat skuad Piala Thomas negara.

Ini kerana, dua lagi pencabarnya yang juga pemain profesional negara – Misbun Ramdan Misbun dan Zulfadli Zulkifli terpaksa menarik diri daripada menyertai sesi pemilihan kali ini kerana masalah kesihatan.

Pada sesi pemilihan kedua di Stadium Juara, Kuala Lumpur semalam, Soon Huat mencatatkan kemenangan kedua selepas menewaskan seorang lagi pemain profesional negara, Tan Chun Seang 21-13, 21-14.

Chun Seang turut mengakui peluangnya untuk mewakili negara sudah berakhir ekoran kekalahan kepada Soon Huat semalam.

“Kami hanya main satu pusingan kerana hanya saya dan Sooh Huat menyertai pemilihan itu tetapi saya pula kalah tadi (semalam).

“Saya akui memang Soon Huat sekarang berada pada tahap yang terbaik dan dia sudah bersedia untuk sesi pemilihan ini,” jelas Chun Seang yang mendapat tajaan daripada Apacs.

Rabu lalu, Soo Huat beraksi baik pada sesi pemilihan pertama selepas menewaskan pemain profesional negara, Mohd. Arif Abdul Latif.

Sejurus aksi itu, Arif menarik diri daripada menjalani sesi tersebut kerana tidak berpuas hati dengan cara pemilihan yang tidak melibatkan beberapa pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sementara itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh menjelaskan, sesi pemilihan untuk pemain perseorangan diteruskan biarpun tanpa kehadiran Misbun Ramdan dan Zulfadli.

“Untuk pemilihan pemain perseorangan kami teruskan juga, kemudian kami akan mengumpul semua keputusan (yang diperoleh).

“Buat masa ini masih terlalu awal untuk saya komen, seperti yang saya katakan, jawatankuasa yang relevan akan berbincang untuk membuat keputusan,” jelas Kenny.

Piala Thomas akan berlangsung di New Delhi, India Mei depan.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");