Jenayah

Mohon pinjaman guna dokumen palsu

dokumen palsu

GEORGETOWN – Helah empat individu menggunakan dokumen palsu untuk memohon pinjaman kewangan bagi pihak pelanggan akhirnya mengundang padah apabila kegiatan mereka berjaya dihidu dan ditahan polis Rabu lalu.

Sindiket yang didalangi seorang lelaki warga tempatan itu tumpas apabila institusi kewangan terbabit membuat laporan polis.

Hasil maklumat, polis menyerbu sebuah rumah di Pangsapuri Ria, Butterworth dan memberkas empat suspek termasuk dua wanita.

Serbuan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang kira-kira jam 7 malam itu menahan kesemua mereka berusia antara 29 hingga 45 tahun di dalam kediaman yang dijadikan sebuah pejabat.

Turut dirampas ialah sebuah komputer riba, 35 set dokumen permohonan pinjaman, 46 cop dari pelbagai agensi, 26 cop pelbagai tanda tangan, 11 telefon bimbit, sebuah mesin pencetak, enam kad sim dan dua telefon tanpa wayar.

Ketua JSJK Pulau Pinang, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, institusi kewangan berkenaan melaporkan 17 permohonan pinjaman peribadi dikemukakan oleh mereka yang disokong dengan beberapa dokumen palsu.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek mengemukakan dokumen palsu dengan menggunakan surat rasmi dari pelbagai agensi kerajaan termasuk surat dari majikan pelanggannya untuk mendapatkan permohonan pinjaman peribadi dari beberapa institusi kewangan.

“Sindiket mencari pelanggan dari mereka yang kesempitan wang. Mangsa hanya diminta menyerahkan kad pengenalan dan tidak perlu menandatangani sebarang dokumen.

“Suspek akan menyediakan dokumen seperti penyata gaji, pengesahan majikan termasuk berurusan dengan institusi kewangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, semalam.

Menurutnya, polis masih menyiasat jumlah komisen yang diperoleh dari setiap pelanggan jika permohonan diluluskan.

Beliau berkata, polis sedang memburu saki baki ahli sindiket berkenaan dan berusaha mengesan mangsa yang tertipu.

“Semua suspek ditahan reman sehingga 16 Mac ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");