Sukan Hari Ini

Moyes tidak tertekan

Everton's manager David Moyes gestures during the English Premier League match against Arsenal at Emirates Stadium in north LondonMANCHESTER – Pengurus Manchester United, David Moyes menegaskan bahawa beliau tidak berada dalam situasi tekanan selepas skuad The Red Devils melayakkan diri ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Moyes kembali ceria selepas United berjaya memadam kelebihan 0-2 juara Greece, Olympiakos untuk mara ke suku akhir dengan agregat 3-2 hasil kemenangan 3-0 pada aksi kedua pusingan kalah mati di Old Trafford awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, penyerang sensasi Belanda, Robin van Persie muncul wira skuad The Red Devils apabila meledakkan hatrik masing-masing pada minit ke-25 (penalti), 45 dan 51.

Kedudukan bekas pengendali Everton itu semakin kritikal selepas United ketinggalan 18 mata di belakang pendahulu Liga Perdana England, Chelsea dan 12 mata di belakang pasukan di tangga keempat ekoran kekalahan 0-3 kepada Liverpool di Old Trafford, Ahad lalu.

Laporan media Britain mendakwa, masa depan Moyes dalam situasi bahaya sekiranya United gagal menewaskan Olympiakos.

Bagaimanapun, Moyes berkata, beliau yakin bahawa beliau mendapat sokongan penuh daripada majikannya itu.

“Saya tidak berasa sebarang tekanan daripada dalam kelab.

“Ia hadir daripada anda. Kami tahu mengenai tugas yang perlu dilakukan. Ia mungkin lebih besar daripada apa yang saya fikir sebaik menjejakkan kaki di kelab ini.

“Terdapat cerita mengenai pemain yang kecewa atau individu yang kecewa tetapi ia tidak betul. Orang ramai mencari alasan kenapa kami tidak bermain dengan baik tetapi kami yang menjadikannya seperti itu,” katanya.

Sementara itu, Moyes turut memberi bayangan bahawa skuad kendaliannya berupaya memenangi trofi Liga Juara-Juara musim ini.

Meskipun ramai pemerhati menggangap United tidak berupaya untuk memberikan saingan dalam kelompok lapan pasukan terbaik itu, Moyes mempunyai pandangan tersendiri.

Moyes berkata, beliau optimis United akan memenangi Liga Juara-Juara, sekali gus mengulangi kejayaan Liverpool dan Chelsea yang memenangi Liga Juara-Juara 2005 serta 2012.

“Saya sangat berharap dan saya rasa, kami akan diletakkan sebagai pasukan bukan pilihan pada undian suku akhir nanti. Namun, saya yakin pasukan ini mampu melakukannya.

“Sekiranya kami menampilkan kemampuan sebenar yang mana jarang dilakukan pada musim ini, kami boleh menyamai kehebatan mana-mana pasukan lain.

“Saya akui kecewa dengan aksi pertama (kalah 0-2) kerana ia menyebabkan kami berdepan tugas berat tetapi kami berjaya menyempurnakannya,” jelasnya.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");