Berita Hari Ini

My Best Buy Fama Bantu Tangani Peningkatan Kos Sara Hidup

Fama

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) —  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan terus komited membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup menerusi program ‘My Best Buy’.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Fama Rohizad Ridzwan ketika dihubungi Bernama berkata melalui program itu, Fama menyediakan jualan barangan runcit yang berkualiti dengan harga berpatutan.

Program yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu  menumpukan produk barangan segar seperti ikan, sayur dan buah-buahan yang berkualiti tinggi pada harga rendah.

“Harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan potongan harga lima hingga 20 peratus. Ia tertumpu di lokasi seperti pejabat kerajaan, hospital, perumahan awam, serta kawasan industri,” katanya.

Rohizad berkata program itu akan memberi kemudahan kepada penduduk bandar supaya boleh membeli barang harian pada harga munasabah.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");