Perak Hari Ini

MySMS 15888 Salur Maklumat Telus Kepada Pengguna

PERAKTODAY8

Perkhidmatan aplikasi MySMS 15888 yang diperkenalkan Jabatan Mahkamah Syariah Perak dilihat sebagai pendekatan baru dalam melonjakkan prestasi serta mutu kerja dan penyampaian maklumat kepada orang awam di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Mohd Nizar Zakaria, berkata ia sekaligus menjadi satu lonjakan tranformasi teknologi yang diaplikasikan untuk memberi maklumat khusus kepada orang awam.

“Melalui kaedah khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebut, segala maklumat berkaitan dengan bidang kuasa syariah termasuklah panggilan sesi penghakiman akan lebih mudah didapati pada masa hadapan,” jelasnya.

Kaedah yang mesra pelanggan itu juga katanya, dilihat mampu memberi perubahan kepada institusi kehakiman syariah di Perak supaya bergerak seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

“Semua pihak boleh mendapatkan maklumat dan ilmu berkaitan sistem atau prosedur kehakiman yang perlu diikuti,” tambah Mohd Nizar lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dan pelancaran perkhidmatan MYSMS di Ipoh, hari ini.

Seramai 25 kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Perak menerima sijil penghargaan masing bagi tahun 2013 manakala lima lagi kakitangan jabatan itu menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

Jelasnya lagi, pendekatan sebegini berupaya mendekatkan jabatan itu dengan orang ramai sekaligus boleh menyampaikan maklumat dan ilmu selain sebagai salah satu medium hebahan.

“Pihak-pihak yang terlibat dengan sesuatu kes boleh memperolehi maklumat berkaitan termasuklah berkenaan tarikh kehakiman dan peguam yang terlibat untuk rujukan.

“Maklumat yang cukup telus dan terbuka supaya lonjakan transformasi teknologi dimanfaatkan,” tegasnya lagi.

Jelas Nizar lagi, pendekatan sebegini seharusnya dijadikan contoh oleh Jabatan Kehakiman syariah di negeri lain kerana ianya merupakan satu langkah mengikuti perkembangan arus perdana globalisasi kini.

Perkhidmatan gerbang SMS Kerajaan 15888 bakal diaplikasi kepada 20 Jabatan Mahkamah Syariah seluruh Perak dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan nama mahkamah, nama bahagian, alamat dan nombor faksimili melalui medium tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");