Jenayah

Najib bertemu keluarga penumpang MH370

peta

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menemui anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang awal hari ini.

Beliau bertemu mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Akaun Twitter Pejabat Perdana Menteri turut memaparkan gambar Najib bersama-sama anggota keluarga anak kapal pesawat itu.

Turut dirakam dalam foto itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pesawat B777-200 yang dalam penerbangan ke Beijing itu dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Penumpang merangkumi rakyat 14 negara, termasuk 38 rakyat Malaysia.

Lain-lain ialah China/Taiwan (154), Indonesia (7), Australia (6), India (5), Perancis (4), Amerika Syarikat (4), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Belanda (1) dan Austria (1).
– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");