Jenayah

Nelayan dijel tiga bulan curi besi

nelayan dijel

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang nelayan menjual besi ‘flange’ yang dicuri di tapak pembinaan tangki air Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin, Bukit Kecil, di sini, tidak kesampaian apabila ditahan polis, 17 Mac lalu.

Aminuddin Sulaiman, 37, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas mengaku salah mencuri tujuh keping besi ‘flange’ itu di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Aminuddin mengaku salah mencuri besi ‘flange’ milik Syarikat Kreatif Semangat pada 13 Mac hingga 15 Mac lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada 13 Mac lalu, kira-kira jam 5 petang, Pengurus Syarikat Kreatif Semangat, Rosli Hamzah@Seman, 48, yang selesai bekerja di tapak pemasangan paip air sekolah berkenaan menyimpan kesemua peralatan pemasangan paip iaitu besi ‘flange’ sebanyak 35 keping di dalam sebuah kotak, sebelum pulang ke rumah.

Bagaimanapun, pada 15 Mac lalu, kira-kira jam 10 pagi, semasa sampai di tapak pembinaan berkenaan, dia dapati keadaan kotak simpanan peralatan kerja-kerja paip berselerak.

Apabila membuat pemeriksaan mendapati besi ‘flange’ bersaiz enam inci sebanyak tujuh keping hilang lalu dia membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu.

Pada 17 Mac, kira-kira jam 9 malam, ketika sepasukan anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah, mereka terserempak dengan Aminuddin yang ketika itu sedang mengayuh basikal sambil membawa beberapa kepingan besi tergantung pada pemegang basikalnya berhampiran lampu isyarat Gong Kapas, di sini.

Pemeriksaan mendapati kepingan besi berkenaan adalah berkait laporan yang dibuat Pengurus Syarikat Kreatif Semangat sebelum ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");