Perak Hari Ini

O’oi Comrades Himpun 100 Pengumpul Motosikal Kuasa Tinggi Di Ipoh

PERAKTODAY10

Lebih 100 motosikal berkuasa tinggi daripada pelbagai jenis menjadi tarikan orang ramai sempena program Two Wheels Rumble yang berlangsung di O’oi Comrades, dekat Ipoh, hari ini.

Program itu nyata berjaya menghimpunkan peminat koleksi kenderaan dua roda tidak kira samada koleksi lama atau baru.

Pengarah program, Amirul Ashraf Mohktar, berkata pihaknya menganjurkan program itu untuk mengumpul kesemua pengumpul kenderaan dua roda
sekaligus menarik golongan muda untuk meminati hobi yang sama.

“O’oi Comrades dijadikan lokasi program kali ini untuk menghimpunkan kenderaan dua roda dan kita akan mengadakan sesi jelajah di sekitar Ipoh selepas ini,” katanya.

Menurut salah seorang pengunjung yang hadir, Asmawi Hamidun, 45, perjumpaan itu adalah peluang yang ditunggu-tunggunya selama ini untuk berkongsi cerita dan minat yang sama dengan orang lain.

“Melalui program ini kami dapat berjumpa, berkongsi cerita dan saling bertukar pendapat mengenai dunia pemotoran,” katanya lagi.

Sementara itu, menurut Shaza Alias, 46, pula, kecenderungan hobi dalam permotoran motosikal berkuasa tinggi mendapat dorongan kuat daripada suaminya sendiri.

“Banyak maklumat berguna diperoleh kalau kita menyertai kumpulan seperti ini dan kami dapat saling bertukar pendapat selain berpeluang untuk melihat pelbagai motosikal yang unik yang belum pernah dilihat,” katanya.

Mengulas mengenai kos yang besar perlu diperuntukkan bagi seseorang individu yang ingin melibatkan diri dengan hobi tersebut, jelasnya, setiap yang dilakukan adalah mengikut kemampuan diri dan tiada istilah pembaziran jika dikaitkan dengan hobi.

Manakala bagi Cedric atau lebih selesa digelar ‘Matchless’ yang meminati motosikal berkuasa tinggi, beliau merasakan hobi tersebut memberi satu kepuasan kepada dirinya yang sukar digambarkan.

“Saya sudah memiliki tujuh buah motosikal dan minat itu timbul sejak dari usia muda lagi,” katanya.

Jelas Cedric lagi, program itu juga melambangkan tanda persahabatan dan ia wajar dijadikan sebagai medium perantara untuk mengeratkan tali silaturahim sesama peminat kenderaan dua roda.

‘Two Wheel Rumble’ turut mengadakan sesi jelajah mengelilingi kawasan sekitar bandaraya Ipoh dan aktiviti jualan, persembahan akustik dan sesi kelas memotong rambut kepada pengunjung yang hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");