Jenayah

Pacuan empat roda RM1.9 juta dirampas

pcuan 4 roda

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kenderaan pacuan empat roda hasil curi bernilai kira-kira RM1.9 juta dirampas polis dari bahagian risikan dan operasi D4 Bukit Aman, bulan lepas.

Ketua Penolong Pengarah D4 Bukit Aman, Datuk Abd Manaf berkata, pihaknya berjaya kesan kumpulan itu dipercayai terlibat dalam aktiviti curi kereta khususnya jenis Toyota Hilux dan Fortuner.

Menurutnya, semua kereta curi berkenaan dimasukkan ke dalam kontena sebelum diseludupkan ke luar negara melalui jalan laut.

“Dalam serbuan pertama di sebuah gudang kawasan Perindustrian Mega, Kajang, didapati dua buah Toyota Hilux dan sebuah Perodua Kancil keluar dari gudang sebelum anggota (polis) mengekorinya hingga ke Plaza Tol Sungai Ramal.

“Lalu, kita pintas ketiga-tiga kenderaan tersebut, namun pemandu kedua-dua Hilux agresif dengan merempuh kenderaan polis sebelum satu das tembakan dilepaskan ke arah tayar Hilux itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Katanya, dengan itu, polis menahan dua lelaki berusia 21 dan 26 tahun manakala dua wanita yang pada mulanya ditahan dibebaskan kerana tidak mempunyai kaitan dengan kes.

Siasatan dapati, dua lelaki itu mengambil upah memandu kenderaan, manakala wanita tersebut kekasih mereka.

Kedua-dua Hilux itu didapati kenderaan curi. Mereka yang ditahan membawa polis ke gudang tersebut di mana polis merampas dua lagi Toyota Hilux.

“Enam kenderaan curi lain disembunyikan dalam dua kontena, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

“Setiap satunya mengandungi tiga kenderaan curi. Maklumat mendapati kenderaan itu akan dihantar ke Pelabuhan Jebe Ali, Dubai,” katanya.

Abd Manaf berkata, pihaknya yakin sindiket itu direkrut oleh Robin Hai sejak pertengahan tahun lalu. Malah, difahamkan, Robin Hai terlibat kes samun sebelum ini.

“Kita sudah jejak suspek kira-kira 10 tahun lalu dan dia kini dipercayai di Dubai.

“Dua lelaki yang ditahan, disiasat bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 44 akta sama. Mereka ditawarkan ikat jamin RM44,000 seorang,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");