Jenayah

Paip Utama Di Lebuhraya Persekutuan Pecah

paip bcor

PETALING JAYA: Salah satu paip utama di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan pecah pada Sabtu, dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan cerucuk yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Kerja-kerja pembinaan cerucuk di PPUM memecahkan saluran paip kami. Ini merosakkan salah satu paip utama kami yang berukuran 15 inci diameter, kata Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Priscilla Alfred.

Paip pecah itu yang terletak berhampiran gerbang Kota Darul Ehsan yang menunjukkan sempadan Selangor-Kuala Lumpur, telah ditutup dan dijangka memberi kesan kepada tekanan air di Petaling Jaya, katanya.

Syabas telah menghantar kontraktor untuk membaiki paip tetapi tidak dapat memastikan berapa lama masa yang akan diambil.

Paip pecah menyebabkan berlaku runtuhan kecil tanah berhampiran Universiti Malaya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan.

-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");