Isu Panas

Pas yakin rakyat bagi Azizah mandat

azizah

SHAH ALAM – Susulan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon PR di PRK Dun Kajang, pada 23 Mac ini, Pas menyatakan calon tersebut mampu mendapat mandat daripada pengundi kawasan itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mandat rakyat akan diberi kepada Wan Azizah bagi menyatakan sokongan dan simpati terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pas yakin pengundi Kajang akan memberi mandat yang besar kepada  Wan Azizah bagi menyatakan sokongan dan simpati kepada tragedi malang yang  menimpa Anwar.

“Pas menyokong penuh pengumuman Anwar  yang telah mengisytiharkan isteri beliau yang juga Wan Azizah sebagai calon PKR dalam PRK Kajang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terbaru, media melaporkan ekoran Anwar yang juga Ketua Pembangkang disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu dan Mahkamah Rayuan menetapkan lima tahun penjara, menyebabkan pemimpin itu hilang kelayakan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");