Berita Hari Ini

Penduduk solat sunat mohon hujan

mohon hujan

Shah Alam: Lebih 500 pelajar sekolah tahfiz, sekolah pondok, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam mengerjakan solat sunat memohon hujan ketika negeri ini dilanda cuaca panas.

Solat sunat itu diadakan di Dataran Kemerdekaan pada jam 9.30 pagi semalam, anjuran Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Solat sunat itu diimamkan Imam Masjid Negeri Sheikh Abdul Karim Omar.

Jemaah, Azli Yusof, 47, berkata, program solat sunat itu usaha MAPPS selepas mengambil kira musibah melanda Selangor pada masa ini.

“Selain berusaha menerusi pembenihan awan serta catuan bekalan air, ini masanya memohon kepada Allah SWT.

Doa tarik musibah
“Kini, kita perlu bertawakal kepada Allah SWT dan berharap akan ditarik semula musibah supaya kehidupan dapat diteruskan seperti biasa,” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Islam Al Farabi Kampung Delek, Klang, Muhd Yassin Abdul Halim, 17, berkata, Allah SWT adalah sumber kepada segala kejadian dan jalan yang terbaik dengan meminta kepada-Nya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");