Isu Panas

Pengalaman Sungai Limau dibawa ke Kajang

mas emiyartiPengalaman berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Kedah November lalu akan digunakan sepenuhnya oleh Pergerakan Puteri UMNO untuk kempen di Kajang.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau sudah menggerakkan seluruh jentera Puteri ke 12 kawasan dalam DUN25 itu untuk berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kali ini katanya, Puteri UMNO akan turun dengan persediaan yang cukup dari segi mental dan fizikal bagi menggelak berlaku kejadian tidak diingini seperti di DUN Sungai Limau sebelum ini, yang mana ada ahli Puteri diugut dan nyaris ditumbuk oleh penyokong pembangkang.

“Kita sudah bersedia menghadapi semua itu dan akan tetap meneruskan kempen rumah ke rumah sebagaimana yang kita lakukan setiap kali berlaku pilihan raya kecil.

“Kita ada jentera yang cukup. Semua sudah dikerah ke Kajang sejak dua hari lalu dan kita juga telah membuka bilik gerakan bagi memudahkan segala usaha kempen dilakukan termasuk logistik,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini pagi ini.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Melaka itu memberitahu, pendekatan digunakan jentera Puteri UMNO ialah berjumpa penduduk dari rumah ke rumah untuk menjelaskan dasar serta isu semasa yang berlaku.

Puteri juga akan menjelaskan mengenai isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan supaya penduduk dapat mendengar daripada dua-dua pihak.

“Sebelum ini rakyat dihidangkan dengan penerangan pembangkang. Sudah tentu mereka tidak memberitahu perkara sebenar. Mereka akan memutar belitkan semua isu yang ada supaya dapat menarik sokongan pengundi.

“Puteri tidak akan biarkan pembangkang selama-lamanya meracuni pemikiran rakyat. Kita akan turun padang berjumpa secara dekat dan bersemuka dengan penduduk agar mereka mendengar penjelasan daripada kerajaan pula,” katanya.

Selain berkempen, Puteri UMNO tetap mengikuti perkembangan semasa mengenai kejadian pesawat MAS MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lalu.-

-MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");