Perak Hari Ini

Perak Terima 12 Proton Perdana Model Baru Bernilai RM1.38 Juta

PERAKTODAY4

Kerajaan Perak hari ini menerima 12 buah kereta Proton Perdana model terbaru khusus untuk kegunaan rasmi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai-pegawai kanan negeri.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pembelian kereta  dengan kos keseluruhan RM1.38 juta itu sekaligus dapat menggantikan kereta Proton Perdana lama yang digunakan sebagai kenderaan rasmi sebelum ini.

Selain Perak, kerajaan Kedah katanya, turut menerima kereta Proton Perdana model terbaru itu, sekaligus melakar detik bersejarah menjadi dua negeri pertama di Malaysia yang menerima kereta terbabit.

“Hari ini merupakan hari yang cukup istimewa bagi negeri Perak apabila Proton akhirnya menyerahkan 12 buah kereta Proton Perdana keluaran terbaru untuk kegunaan rasmi Exco dan pegawai-pegawai kanan negeri yang setaraf.

“Setiap kereta dibeli dengan harga RM115,000 dan secara keseluruhannya, kita membelanjakan kira-kira RM1.38 juta untuk membeli 12 unit Proton Perdana keluaran terbaru ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, dengan pembelian kereta baru terbabit, ia sekaligus dapat menggantikan kereta rasmi sedia ada yang kebanyakannya sudah melepasi had usia 10 tahun.

Tambahnya, apabila kereta itu sudah melepasi had usia dan tempoh kegunaan, ia menuntut kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Sebelum ini, timbul banyak ura-ura di pihak kerajaan negeri untuk menggantikan model Proton Perdana kerana kos penyelenggaraan yang tinggi tetapi akhirnya kita bersetuju untuk meneruskan tradisi menggunakan jenama sama sebagai kenderaan rasmi negeri,” katanya lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");