Berita Hari Ini

Perkhidmatan bas elektrik mesra alam bermula Jun

Tan Sri Syed Hamid Albar

Petaling Jaya: Projek Bas Rapid Transit (BRT) yang dimajukan Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) dan Sunway Berhad membabitkan belanja RM549 juta, dijangka mula beroperasi Jun 2015.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata BRT laluan Sunway sepanjang 5.5 kilometer itu akan menghubungkan stesen komuter Sri Setia seta stesen Tren Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di USJ Subang Jaya dan kini siap 32 peratus.

“Kemudahan ini bakal memanfaatkan kira-kira 500,000 pengguna dari Bandar Sunway dan USJ Subang Jaya. BRT ini berupaya mengangkut kira-kira 2,400 penumpang dalam sejam atau 30,000 penumpang sepanjang tempoh operasi sehari. Kekerapannya lima minit sekali, tapi sasaran kekerapan selepas itu setiap tiga minit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika melakukan tinjauan dan mendengar taklimat berhubung pembinaan BRT Sunway. Hadir sama, Pengerusi PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffery Cheah.

Kemudahan bas elektrik mesra alam itu yang pertama dilaksanakan di Malaysia, antara 12 laluan BRT yang dikenal pasti di seluruh negara. Bagi projek Sunway, ia dilengkapi tujuh stesen serta kemudahan pandu dan pakir.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");