Berita Hari Ini

PM terima sijil CRT urus tadbir berprinsip

sijil urus tadbir

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima Sijil Urus Tadbir Berprinsip Caux Round Table (CRT) sebagai pengiktirafan atas kepimpinan cemerlangnya sebagai arkitek Program Transformasi Kerajaan.

Najib menerima anugerah itu daripada pengarah eksekutif global CRT Stephen B.Young di Kompleks Perdana Putra di sini.

“Terima kasih banyak-banyak. Saya amat berbesar hati dan pada masa yang sama merasa rendah diri,” katanya selepas menerima sijil itu daripada Young dalam satu majlis ringkas di pejabatnya.

Turut hadir pengerusi bersama CRT Tunku Abdul Aziz dan anggota CRT dan ahli profesional bersekutu, Kasit Piromya.

Antara tokoh yang pernah menerima CRT ialah bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Kofi Annan dan bekas presiden Poland Lech Walesa.

Semasa membacakan nota pengiktirafan itu, Kasit berkata CRT menghormati Najib yang memberikan seluruh perhatian dan tenaganya bagi menggalakkan lapan nilai-nilai 1Malaysia mengikut visi beliau.

Untuk memberikan kesan yang praktikal kepada matlamat perpaduan nasional yang amat penting ini, beliau berkata Najib memulakan Program Transformasi Kerajaan dengan objek menyeluruh daripada memacu kemajuan negara ke tahap kecemerlangan yang baharu dari segi sosial, ekonomi dan politik.

“Tiada satupun daripada magnitud arahan seperti ini sebelum ini perlu dicuba.

“Program Transformasi Kerajaan berpotensi meletakkan Malaysia di tempat sepatutnya mereka berada, di tempat teratas di kalangan negara-negara beretika dan demokratik di dunia,” katanya.

Kasit berkata CRT memberi pengiktirafan dengan penghargaan orang awam berhubung komitmen Najib mengenai pentingnya keadilan dan prinsip urus tadbir dalam sebuah masyarakatt demokratik dan bertanggungjawab.

Beliau berkata inovasi kerajaan yang sedang dilaksanakan sekarang menjanjikan satu transformasi melalui pelaksanaan amalan terbaik dan standard penyampaiannya akan mula diatur dan dipertingkatkan dalam semua bidang pembangunan manusia.

Inisiatif penting ini akan menetapkan satu contoh urus tadbir yang baik untuk komuniti global; Najib telah menggunakan kedudukan beliau dengan penuh keazaman dan berpandangan jauh untuk mengubah Malaysia.

Ia adalah sesuai, oleh itu CRT perlu mengiktiraf pencapaian beliau dengan penganugerahan Sijil CRT Urus Tdbir Berprinsip,” katanya.

Caux Round Table merupakan sekumpulan pemimpin perniagaan dari seluruh dunia yang menggalakkan prinsip etika yang kukuh untuk perniagaan dan kerajaan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");