Isu Panas

PRK Kajang: SPR kaji punca penurunan keluar mengundi

dun kajang

Bangi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji punca penurunan keluar mengundi yang rendah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata jumlah 72 peratus atau 28,314 daripada keseluruhan 39,278 pengundi itu jauh lebih rendah berbanding 88.4 peratus dicatatkan pada PRU-13 dan 79.8 peratus di Kuala Besut serta 85.5 peratus di Sungai Limau, iaitu dua PRK yang diadakan selepas PRU-13.

Tiada laporan pengundi luar

“Berbanding PRK DUN Kuala Besut dan Sungai Limau, peratusan mengundi di Kajang paling rendah. SPR akan kaji faktornya walaupun kebanyakan pengundi di Kajang sudah tahu mengenai PRK ini lebih awal,” katanya di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, di sini semalam.

Abdul Aziz turut mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kehadiran pengundi luar pada proses pengundian semalam, tetapi meminta sesiapa yang ada maklumat mengenai perkara itu tampil membuat laporan.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");