Berita Hari Ini

Program cegah rasuah ke IPTS

cegah rasuah

Kuala Lumpur: Sekretariat PencegahanRasuah akan diperluaskan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mulai tahun ini.

Program diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebagai langkah awal menangani perbuatan jenayah dalam kalangan generasi muda.

Pada sama meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap nilai integriti ketikamenjalankan tugas di kampus atau selepas menamatkan pengajian.

Dapat sambutan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan, berkata untuk permulaan sebanyak 10 IPTS dipilih dengan ahli jawatankuasanya dianggotai pemimpin pelajar dan persatuan di situ.

“Usaha diperluaskan ke IPTS selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) sejak diperkenalkan tujuh tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Kesedaran dan Pendidikan Anti Rasuah di sini, semalam.

Sutinah berkata, sekretariat itu juga bertujuan menjadikan pelajar sebagai penyampai mesej antirasuah kepada masyarakat kampus dan luar kampus.
“Kita sudah merangka pelbagai aktiviti untuk dilaksanakan termasuk program pencegahan rasuah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menafikan wujud keadaan pekerja yang mempunyai
bebanan hutang tinggi antara individu yang cenderung melakukan penyelewengan
dan rasuah.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat berbelanja mengikut pendapatan bukan di luar kemampuan mereka.

-Berita haria

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");