Sukan Hari Ini

Rashid Kembali Dilantik Ketua Jurulatih Perseorangan Negara

rashid 1

KUALA LUMPUR: Rashid Sidek teruja kembali ke pusat latihan badminton kebangsaan sebagai ketua jurulatih bagi melancarkan program harian pemain-pemain serta semua jurulatih.

Sejak Rashid dan Tan Kim Her dipecat sebagai ketua jurulatih perseorangan dan beregu negara pada September lalu menyaksikan semua jurulatih (perseorangan dan beregu) tidak mempunyai ketua dalam memantau perlaksanaan latihan harian.

Namun pada Khamis lalu, exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan mereka perlu melantik seorang ketua jurulatih untuk kedua-dua acara itu selepas gagal mencari ‘supremo’ bagi menguruskan skuad negara.

Perancangan mereka untuk melantik kembali Datuk Misbun Sidek sebagai pengarah jurulatih menemui kegagalan selepas ditolak jurulatih itu.

Exco BAM menamakan Rashid sebagai ketua jurulatih perseorangan, namun mereka gagal mencari ketua jurulatih bagi acara beregu.

Buat masa sekarang, Rashid juga  turut bertanggungjawab memantau semua jurulatih beregu sementara BAM dapat mencari nama yang sesuai.

Sementara itu, kontrak Kim Her telah disambung dan dia akan terus mengendalikan skuad beregu pelapis negara.

“Saya gembira diberi tugas sebagai ketua jurulatih sekali lagi. Sekarang saya akan pastikan pasukan kita boleh melakukan persiapan dengan baik untuk Piala Thomas dan Uber Akhir,” kata Rashid.

-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");