Sukan Hari Ini

Reina dapat ‘lampu hijau’ tinggalkan Liverpool

FBL-WC2014-ESP-ITA-TRAININGREINA ditawarkan yuran perpindahan sebanyak RM21.8 juta oleh Liverpool untuk berhijrah ke pasukan lain:-

LONDON – Pepe Reina boleh meninggalkan Liverpool penghujung musim ini dengan yuran perpindahan serendah 4 juta pound (RM21.8 juta) berdasarkan klausa penebusan kontrak yang dimiliki penjaga gol itu.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers tanpa berselindung sebelum ini mengakui tidak lagi memerlukan khidmat Reina di Anfield sebaik tempoh pinjaman bersama Napoli hujung musim ini tamat.

Ketika ini, penjaga gol kelahiran Sepanyol itu masih memiliki baki kontrak selama dua musim di Anfield.

Napoli dikatakan berminat mendapatkan khidmat Reina secara kekal namun khidmatnya masih dipantau Atletico Madrid yang bakal kehilangan Thibaut Courtois yang akan kembali ke pangkuan Chelsea penghujung musim ini.

“Liverpool tidak lagi memerlukan saya apabila sudah memiliki penjaga gol lain.

“Ia sesuatu yang pelik tetapi saya tidak pernah menyesal.

“Lumrah dalam bola sepak, ada turun naik dan biarpun saya tidak sebaik ketika Liverpool dikendalikan Rafael Benitez, saya percaya prestasi saya tidak seburuk yang disangka ramai pihak,” kata Reina.

Sebelum ini, Rodgers mengakui terkejut apabila menerima surat rasmi dari Reina yang enggan pulang semula bersama Liverpool awal bulan lalu.

“Ia sesuatu yang pelik apabila Reina mahu berhijrah sedangkan dia masih pemain pinjaman.

“Nampak sangat dia memang mahu berhijrah sebaik dipinjamkan ke Napoli,” kata Rodgers. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");