Membawang Hari Ini

Rindu setengah mati

Aeril

Diam tak diam, sudah tiga bulan pasangan ini bergelar suami isteri.

Tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kehidupan pengacara, penyanyi dan penyampai radio Era FM, Khairil Azam Pilus, 29, atau Aril dan isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, yang saling berjauhan sangat menguji kesetiaan masing-masing.

Tuntutan kerjaya kerap memisahkan mereka berikutan tugas Puteri Erma sebagai pramugari. Apa yang pasti, ia menjadikan mereka rindu ‘setengah mati’ dan faktor ini turut menjadi penyebab mengapa majlis persandingan diadakan selepas tiga bulan mereka bernikah.

Bertempat di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Jumaat lalu, akhirnya Aril dan Puteri Erma mempunyai kesempatan melaksanakan majlis resepsi menggabungkan elemen ‘gatsby’ dan suasana retro era 1960-an dilatari muzik indah ilham perancang majlis perkahwinan mereka iaitu Mike Manicka.

Pelamin dan pentas pula mendapat sentuhan, Shikin Kadir manakala dekorasi oleh Anuar.

Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan cukup menawan dengan persalinan rona ‘champagne’ bertemakan era Victorian, saat melangkah masuk ke pelamin.

Aril tampak kacak mengenakan sut rekaan Anuar Faizal, Puteri pula anggun dan memukau tetamu dengan gaun pengantin dari Pu3 Bridal yang mendedahkan bahagian bahunya.

Wajah pengantin tambah berseri dengan sentuhan jurusolek terkenal, Syaheeda Rahman yang menata rias wajah Puteri Erma manakala Aril pula disolek oleh Ju Edan.

“Alhamdulillah, meskipun saya dan Puteri Erma tidak punya banyak masa bersama dan menyemai rasa kasih dengan menghabiskan setiap kelapangan waktu yang ada dengan berhubung melalui telefon, Skype dan WhatsApp, tetapi acara majlis resepsi tetap dapat dijalankan dengan baik.

“Majlis malam ini jemputannya terhad kerana membabitkan rakan-rakan artis, keluarga terdekat, teman rapat serta teman media.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus dalam melaksanakan majlis persandingan saya dan isteri.

“Insya Allah, pada 22 Mac kami berdua akan mengadakan satu lagi majlis resepsi di Melaka khusus untuk keluarga sebelah pihak keluarga saya sekali gus memenuhi adat ‘upacara sambut menantu’.

“Kami berdua cuba selesaikan semuanya sementara Puteri memperoleh cuti sampai hujung Mac ini,” kata Aril.

Pasangan yang berkenalan cuma enam bulan bernikah di kediaman keluarga Puteri Erma di Kota Bharu, Kelantan pada 20 Disember tahun lalu.

Mengimbas detik perkenalan mereka sekitar Mei 2013, pasangan inj bertemu jodoh selepas berkenalan menerusi laman sosial Instagram.

Selepas tiga bulan menjalinkan hubungan, Aril melamar Puteri Erma sebagai isterinya ketika di dalam kereta sewaktu mereka keluar bersama.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");