Membawang Hari Ini

Salman tinggal set kerana Akshay

salman khan 1

KREW di set penggambaran terkejut apabila aktor hebat Salman Khan, meninggalkan set penggambaran apabila hampir separuh daripada penggambaran itu berjalan.

Sebelum itu, ada yang mengatakan dua bintang hebat, Salman Khan dan Akshay Kumar yang digandingkan menerusi sebuah penggambaran klip video, Yo Yo Honey untuk filem Fugly itu pada mulanya dikatakan berselisih faham.

Menurut sumber, punca utama Salman berbuat demikian kerana merasakan Akshay sudah mencuri perhatian kamera darinya dan menganggap pengarah Kabir Sadanand lebih banyak menggunakan penampilan Akshay.

Kabir Sadanand bagaimanapun, cuba memujuk Salman dan menerangkan situasi sebenar untuk klip video tersebut, namun Salman tetap berdegil dan tidak berminat untuk meneruskan sesi penggambaran.

Akur dengan keputusan Salman, penggambaran diteruskan dan hanya melibatkan Akshay dan pelakon yang lain.

Filem Fugly yang berunsurkan komedi ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam India pada 13 Jun depan.Fugly mengisahkan empat rakan baik yang baharu sahaja menghabiskan pengajian mereka di universiti.

Antara pelakon terlibat dalam filem ini ialah Jimmy Sherigill, Mohit Marwah, Kiara Advani, Vijendra Signh, Arfi Lamba dan ramai lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");