Jenayah

SAR diperluas ke kawasan darat

Misteri MH370_0Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS MH370 yang hilang dan gagal dikesan sejak Sabtu lalu diperluaskan di kawasan darat selain sedang melihat kemungkinan pesawat berkenaan ada membuat pusingan ke Subang.

MAS dalam kenyataannya di sini berkata, pasukan SAR telah meluaskan ruang lingkup penerbangan ke Semenanjung Barat di Selat Melaka.

“Pihak berkuasa sedang menyiasat semua sudut skop pencarian dan tidak menolak sebarang kemungkinan,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook MAS.

Operasi mencari dan mengesan pesawat yang memasuki hari keempat itu dibantu oleh beberapa negara termasuk Australia, China, Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina
dan Amerika Syarikat dengan membabitkan 24 kapal dan sembilan pesawat.

Dalam kenyataan itu, MAS sekali lagi mengesahkan bahawa pesawat MH370 telah diselenggara pada 23 Februari 2014, 12 hari sebelum berlepas ke Beijing. Penyelenggaraan itu
dijalankan di hangar Lapangan Terbang Kuala Lumpur, sekali gus tahap pesawat berkenaan bukan menjadi isu.

Pemeriksaan semula pesawat berkenaan dijadualkan pada 19 Jun ini.

Pesawat MH370 itu diterima oleh MAS pada tahun 2002 dan merekodkan sejumlah 53,465.21 jam dengan pusingan sebanyak 7,525.

Malah, pesawat berkenaan dilengkapi dengan sistem pemantauan data yang dikenali sebagai Sistem Laporan dan Penyampaian Komunikasi Pesawat (ACARS) yang menghantar
data secara automatik.

Bagaimanapun ketika kejadian pesawat itu hilang, tiada panggilan dibuat dan maklumat disampaikan.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");