Sukan Hari Ini

Sarawak jadi venue Sukan Sea 2017

sarawak
MUKAH – Sarawak dipilih sebagai tuan rumah acara akuatik pada temasya Sukan Sea yang dihoskan oleh Malaysia pada 2017, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata Sarawak mempunyai banyak masa untuk menyediakan kemudahan berikutan negeri itu akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) pada 2016.

“Akuatik adalah antara acara yang kita kenal pasti untuk Sarawak dan mungkin acara lain jika ada kemudahan yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia di Dewan Tertutup Kementerian Pembangunan Sosial (KPS), di sini hari ini.

Sebelum ini, Khairy dipetik sebagai berkata beberapa acara sukan Sea 2017 mungkin diadakan di beberapa negeri termasuk di Sabah.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");