Berita Hari Ini

Sasar taman awam setiap bandar

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan,

Kota Kinabalu: Kerajaan merancang membangunkan sekurang-kurangnya sebuah taman awam bertaraf Taman Bandaran bagi setiap bandar di negara ini menjelang 2020.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata ketika ini ada 2,445 taman awam dengan keluasan 14,185 hektar di seluruh negara, kebanyakannya taman awam kecil iaitu taman kejiranan dan lot permainan.

Katanya, daripada jumlah itu hanya 781 dalam keadaan memuaskan, manakala 1,377 taman awam perlu dinaiktaraf.

“Bagi menampung keperluan semasa penduduk bandar, kira-kira 39,200 hektar kawasan lapang diperlukan di seluruh negara untuk membangunkan taman awam bertaraf Taman Bandaran,” katanya pada pelancaran sambutan Hari Landskap Negara Peringkat Kebangsaan 2014 di Taman Awam Teluk Likas di sini, semalam.

Sambutan disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Tingkat persekitaran

Abdul Rahman berkata, kementerian juga menyasarkan persekitaran 50 bandar di seluruh negara dipertingkatkan melalui Pembangunan Landskap Perbandaran.
“Kementerian akan terus berusaha mencapai penetapan supaya dua hektar kawasan lapang disediakan bagi setiap 1,000 penduduk, selaras hasrat kerajaan untuk mewujudkan vibrant city,” katanya.

Beliau berkata, kementeriannya juga akan membantu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan komuniti setempat bersama-sama mengawasi taman dan persekitaran yang disediakan melalui Program Rakan Taman.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");