Sukan Hari Ini

Saya tiada niat perlekeh Wenger: Mourinho

Mourinho (kiri) dan Arsene Wenger

London: Pengendali Chelsea, Jose Mourinho mendakwa pesta gol oleh pasukannya ketika membelasah Arsenal 6-0, kelmarin tidak membawa sebarang erti seronok bagi dirinya melihat derita rakan sejawatannya, Arsene Wenger yang meraikan perlawanan ke-1,000 bersama kelab itu.

Pengendali Arsenal itu mengalami mimpi negeri di Stamford Bridge kelmarin, dengan penyokong Chelsea melaungkan ejekan “Kami mahu anda kekal” kepada Wenger yang berasal dari Perancis itu.

Penyokong tuan rumah turut merujuk kepada kenyataan Mourinho bulan lalu yang mengatakan Wenger adalah “pakar dalam kegagalan”, berdasarkan kemarau sembilan tahun Arsenal menjulang sebarang trofi.

Pengendali dari Portugal itu bagaimanapun enggan menambah derita Wenger dan ketika ditanya adakah dia mendapat kepuasan tambahan daripada kemenangan ketika hari bermakna buat pengendali Arsenal itu, Mourinho menjawab: “Tidak!.

Untuk penyokong

“Saya mahukan tiga mata dan persembahan yang baik jika boleh. Kami dapat itu. Dan sebagai tambahan, kami mendapat keputusan dengan jumlah yang besar dan itu untuk penyokong kami.

“Ia adalah jumlah yang istimewa dan kami bekerja untuk peminat, jadi jika kami dapat memberikan mereka kemenangan begitu, ia lebih indah. Tetapi tidak lebih daripada itu.”
Arsenal kehilangan seorang pemain pada minit ke-15 apabila Kieran Gibbs dibuang padang akibat pengadil tersilap orang selepas rakan sepasukannya, Alex Oxlade-Chamberlain menahan bola dengan tangan di atas garisan gol.

Mourinho mengakui ia memberikan kelebihan buat pasukannya, tetapi ketika itu mereka sudah mendahului 2-0 dan mengawal permainan. “Bermain menentang 10 orang lebih mudah, tetapi melihat kepada cara kami memulakan permainan, ia memang milik kami,” kata Mourinho. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");