Berita Hari Ini

Sesi penerangan PBS bermula April

SPPBS

KAJANG – Sesi penerangan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ditambah baik akan diadakan bermula April bagi memastikan semua pihak berkepentingan memahami secara terperinci sistem itu.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata walapun PBS yang ditambah baik akan bermula 1 April, sesi penerangan tetap perlu diadakan.

Disebabkan ada perkara baharu, kena juga buat sesi penerangan, katanya ketika ditemui pemberita di majlis sepetang beliau bersama guru di sini semalam.

Kira-kira 500 guru dari kawasan Hulu Langat hadir di majlis itu. Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa menerusi pelaksanaan penambahbaikan PBS 1 April ini, para guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid secara dalam talian ke dalam sistem PBS seperti sebelum ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, berkata para guru tidak perlu lagi menyertakan eviden dan hanya menyimpan data secara ‘offline’.

Pelaksanaan PBS dikritik pelbagai pihak termasuk golongan pendidik sendiri kerana dilihat membebankan guru. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");