Isu Panas

Shabrey nafi banyak kes godam telefon bimbit

ahmad shabery cheek 1

KAJANG – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabrey Cheek menafikan dakwaan mengatakan nombor telefon bimbit beberapa pemimpin parti tertentu digodam dan disalahgunakan untuk menjejaskan hubungan parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Beliau menjelaskan, sehingga kini pihaknya hanya menerima satu laporan rasmi daripada pihak terbabit menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya telah memeriksa dengan SKMM sehingga kelmarin (19 Mac lalu), hanya seorang sahaja membuat laporan kepada SKMM.

“Aduan yang sama juga telah dibuat kepada polis pada 11 Mac lalu dan tidaklah sebagaimana yang saya dengar dikatakan ramai,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi pusat media kementeriannya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut dakwaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa nombor telefon mereka digodam individu tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Shabery tidak menolak kegiatan jenayah itu berlaku dan perbuatan ‘hacking’ atau ‘spook’ boleh berlaku di mana nombor orang lain digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ditanya individu yang membuat laporan kepada SKMM itu, beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak terbabit sambil menyifatkan tindakan itu menyalahi undang-undang.

“Dari segi teknologi itu memang boleh dibuat tapi dari segi undang-undang ianya salah,” katanya lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");