Sukan Hari Ini

Shakir yakin atasi wakil Vietnam

vietnam masSHAKIR (kiri) bersalaman dengan kapten pasukan Vissai Ninh, Manh Dung selepas sidang akhbar di Kota Bharu semalam:-

PENYERANG The Red Warriors, Ahmad Shakir Ali bersedia menggalas tugas selaku penggempur utama pasukannya pada pertemuan dengan wakil Vietnam, Vissai Ninh Binh dalam saingan peringkat kumpulan kempen Piala AFC di stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Ahmad Shakir dijangka bergandingan dengan peledak import kelahiran Liberia, Francis Forkey Doe selepas dua lagi tonggak serangan The Red Warriors, Ahmad Fakri Saarani dan Mohamad Ghaddar mengalami kecederaan.

Peledak berusia 25 tahun itu berkata, dia bertekad membalas kepercayaan jurulatih dengan memberikan persembahan terbaik pada perlawanan itu nanti.

Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah untuk membentuk gandingan mantap dengan Forkey Doe kerana kedua-duanya pernah bermain bersama dalam perlawanan sebelum ini.

“Tugas yang diberikan ini merupakan satu cabaran buat saya untuk membuktikan kemampuan sebenar pada perlawanan tersebut dan kesempatan ini perlu digunakan sebaik mungkin.

“Saya berharap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan aksi terbaik dan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan AFC seperti yang telah dibuktikan pada aksi menentang South China sebelum ini,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita ketika pada sidang akhbar pra perlawanan Piala AFC 2014 Kumpulan G antara Kelantan dengan Vissai Ninh Binh di Kota Bharu semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby dan pengendali Vissai Ninh Binh, Nguyen Van Sy serta ketua pasukan, Nguyen Manh Dung.

Mengulas mengenai peluang The Red Warriors dalam perlawanan itu, Ahmad Shakir memberitahu, dia tetap optimis pasukannya mampu menumpaskan Vissai Ninh Binh.

Katanya, walaupun pasukan berkenaan mengungguli carta Kumpulan G, namun beraksi di gelanggang sendiri memberikan kelebihan kepada pasukannya dalam perlawanan itu nanti.

“Saya yakin dan percaya motivasi rakan-rakan sepasukan sudah berada pada tahap terbaik dan mereka semuanya sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti,” ujarnya penuh yakin.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");