Jenayah

Simulator Kapten Zaharie dibawa keluar dari kediamannya

gambar igp dengarPolis telah membawa keluar simulator penerbangan milik juruterbang Malaysian Airline Sistem Berhad (MAS), Kapten Zaharie Ahmad Shah dari rumahnya di Shah Alam bagi tujuan siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kini pakar-pakar sedang mengkaji penggunaan simulator penerbangan itu.

“Kita telah menceraikan simulator itu dan memasangnya di pejabat,” katanya pada sidang media mengenai kehilangan pesawat MH370 yang menuju ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Ditanya mengapa polis mengambil masa yang lama, iaitu selama tujuh hari untuk mendapatkan simulator penerbangan tersebut, Khalid memberitahu, pihaknya berpendapat tindakan sedemikian tidak diperlukan pada peringat awal penyiasatan.

“Apabila terdapat perkembangan baru, kami pergi (ke rumah Zaharie),” jelas beliau.

Beliau berkata, polis akan menyiasat apa sahaja barangan, seperti telefon, milik juruterbang itu jika ia dapat membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya telah melakukan semula simulasi penerbangan MH370 melalui simulator B777 dalam usaha mendapatkan gambaran yang lebih jelas apa yang berlaku kepada pesawat malang itu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jauhari berkata, tiada barangan berbahaya dibawa oleh pesawat itu pada hari kejadian.

“Mengikut prosedur, barangan itu perlu diperiksa dan diimbas (sebelum dimasukkan ke dalam pesawat),” katanya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");