Jenayah

Sindiket seludup diesel digempur

seludup diesel

JOHOR BAHRU – Sindiket penyeludupan diesel bersubsidi digempur penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Johor (KPDNKK), di sini, Rabu lalu.

Hasil serbuan di sebuah kawasan di Johor Jaya itu menemui 6,500 liter minyak diesel bernilai RM15,000 dipercayai untuk penyelewengan disita.

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, V Ravichandran berkata, stor itu dipercayai telah beroperasi sejak dua bulan lalu.

“Sindiket berkenaan menggunakan modus operandi mengumpul bahan api itu dari stesen minyak di kawasan Johor Bahru menerusi penggunaan kenderaan lori dan pick-up.

“Setelah berjaya mengumpulkan kuantiti dikehendaki, minyak diesel ini akan diambil lori tangki untuk dijual kepada pihak lain yang dipercayai untuk kegunaan industri pada kadar lebih murah.

“Turut ditahan dalam serbuan ini seorang lelaki berusia 30an yang disyaki sebagai penjaga stor,” katanya kelmarin.

Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua duanya bagi orang perseorangan, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi syarikat yang disabit kesalahan bakal berdepan denda RM250,000 di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam perkembangan lain, Ravinchandran mengumumkan kejayaan pasukannya menggagalkan 141 kes penyeludupan diesel sepanjang tahun lalu.

“Nilai rampasan dianggarkan RM4 juta iaitu dengan rampasan 1.5 juta liter minyak. Nilai subsidi bagi bahan api tersebut kira-kira RM1.2 juta.

“Kita mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan daripada orang ramai dalam membanteras penyelewengan minyak diesel ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");