Perak Hari Ini

SPM 2013: Pencapaian Calon Luar Bandar Meningkat, 1,276 Calon Dapat Semua A

PERAKTODAY9Seramai 1,276 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di Perak mencatat keputusan gred cemerlang A bagi semua mata pelajaran yang diambil, meningkat 0.32 peratus berbanding pencapaian tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd Idris Mohd Ramli, ketika mengumumkan keputusan itu berkata, pencapaian itu mewakili 3.32 peratus daripada semua calon yang menduduki peperiksaan tersebut yang menyaksikan hanya 1,183 calon meraih keputusan cemerlang pada SPM 2012.

“Untuk SPM 2013, seramai 42 calon berjaya memperoleh gred A+ (cemerlang tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding hanya 41 calon pada tahun 2012.

“Berdasarkan kepada Gred Purata Negeri (GPN), pencapaian keseluruhan calon bertambah baik dengan nilai GPN 5.01 mata berbanding 5.21 mata pada tahun sebelumnya, iaitu meningkat 0.20 mata,” katanya pada sidang media di Ipoh, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mohd Idris menjelaskan pencapai calon bandar meningkat sebanyak 0.17 mata iaitu daripada 5.10 mata pada tahun 2012 kepada 4.93 mata pada 2013.

Pencapaian calon luar bandar di Perak juga mencatatkan peningkatan iaitu daripada 5.58 mata kepada 5.34 mata pada tahun ini, kata beliau lagi.

“Ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon luar bandar lebih tinggi berbanding pencapaian calon bandar , sekaligus menyaksikan jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar mengecil sebanyak 0.41 mata,” katanya lagi.

Berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), keputusan SPM 2013 juga menunjukkan 56 mata pelajaran merekodkan peningkatan manakala 38 lagi mecatatkan penurunan manakala tiga lagi subjek berjaya mengekalkan prestasi seperti tahun 2012.

“Prestasi bagi enam daripada tujuh mata pelajaran teras menunjukkan peningkatkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah dan Sains.

“Hanya prestasi mata pelajaran Matematik merekodkan penurunan iaitu sebanyak 0.08 mata daripada 4.97 mata pada tahun 2012 kepada 5.05 mata pada 2013,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Menengah (SM) Sains Tapah, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh diisytiharkan sebagai sekolah terbaik bagi SPM 2013.

Seramai 85 calon dari MCKK mendapat semua A dalam SPM 2013 manakala daripada 191 calon SM Sains Tapah yang menduduki peperiksaan itu, 41 calonnya meraih keputusan cemerlang.

Pelajar SMK Convent Taiping, M Kishalinii dan calon dari SMK Methodist Ipoh, Siew Viann dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2013 peringkat negeri selepas meraih keputusan 11 A+, sekaligus melayakkan mereka menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Pendidikan negeri.

Pelajar Orang Asli, Azuarizam Alang dari SMK Tapah turut menerima sijil penghargaan di atas kejayaannya meraih 6A 3B dalam SPM 2013

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");