Membawang Hari Ini

Tahu batas diri

nelydia senrose s (5)NAMANYA kini meledak gara-gara drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Ternyata lakonan mantap dengan gandingannya, Sharnaaz Ahmad mendapat perhatian.

Bagaimanapun dalam pujian khalayak terhadap gandingan watak Mastura dan Jebat yang dilakonkan, ada juga yang mengaggap lakonan kemesraan itu begitu keterlaluan.

Namun si empunya diri, Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen mempunyai alasan sendiri.

Sebagai pelakon kata Nelydia lakonan dalam drama tersebut merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon malah memenuhi tuntutan skrip yang diadaptasi daripada novel menggunakan judul yang sama.

?Saya kaji watak Mastura bukan sahaja melalui skrip tetapi juga naskah novelnya. Ternyata watak tersebut sememangnya begitu.

?Sekiranya ada yang kurang senang dengan apa yang saya lakukan melalui watak tersebut, ternyata saya sudah membawa watak Mastura dengan berjaya,” katanya.

Memulakan langkah ke dalam industri seni tempatan pada usia 13 tahun, ketika itu dia memainkan peranan sebagai Melissa dalam siri drama popular, Spa Q.

Sejak itu nama Nelydia mula dikenali dan menjadi pilihan penerbit dan muncul dengan beberapa drama antaranya Chef Cinta, Datin Wannabe dan Setia Hujung Nyawa.

Dan akui Nelydia, watak Mastura dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu berlainan daripada watak-watak yang pernah didukungnya selama ini.

?Watak ini agak sukar kerana menjadi wanita yang ingin mendapatkan perhatian seorang jejaka. Sekiranya saya tidak menampakkan ?kemesraan? itu maka saya gagal membawakan watak tersebut.

?Saya harap penonton akan faham keadaan itu. Biarpun keserasian saya dengan Sharnaaz memang cukup ketara, saya juga tahu batas-batasnya,” ujar anak kacukan Melayu-Siam ini.

Sudah biasa membawakan watak gadis yang lurus bendul, Nelydia yang bakal menginjak usia 20 tahun Julai nanti memberitahu:

?Saya sebenarnya inginkan watak wanita lasak atau aksi. Bagi saya watak seumpama ini memang jarang boleh dilakukan oleh pelakon wanita lain.

?Jika diberi peluang saya akan kaji dan mempelajari apa yang sepatutnya seperti ilmu mempertahankan diri bagi menjayakan watak seumpama itu.”

Kami masih bersama

Mengubah bicara kepada hal berkaitan hubungannya dengan Qi Razali yang dikatakan sedikit berantakan ekoran lakonan mesranya dengan Sharnaaz, Nelydia mengakui hubungan mereka tidak terjejas seperti yang disangkakan.

?Hubungan kami seperti biasa, tiada yang lebih dan tiada yang kurang ketika ini namun buat masa ini saya tidak mahu bercakap lebih mengenai hal ini.

?Kami berdua mahu menumpukan perhatian dan berjaya dengan kerjaya masing-masing dulu. Kalau semua sudah stabil dan sudah dapat apa yang diingini dalam industri, barulah kami fikir tentang fasa seterusnya.

?Buat masa ini ikhlas saya katakan yang kami berdua tidak pernah terfikir bila kami ingin menamatkan zaman bujang. Bagi saya ini luar bidang kuasa saya,” jelasnya.

Malah Nelydia bersyukur kerana buah hatinya itu memahami kerjayanya dan dia sendiri faham terhadap apa yang sepatut dan tidak sepatutnya dilakukan ketika menjayakan watak yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

?Walaupun ada yang kata lakonan saya dengan pelakon lelaki lain agak mesra tapi kena faham itu hanyalah lakonan sahaja. Apa yang penting bagi saya adalah niat kita sendiri.

?Kalau kita berniat baik maka baiklah jadinya dan sekiranya ada niat lain atau niat yang tidak elok maka tidak eloklah jadinya,” katanya lagi.

Tidak mesra media

Ditanya mengenai sifatnya yang dilihat seolah-olah kurang mesra dengan pihak media Nelydia menolak dakwaan itu dan menganggap itu sekadar salah faham.

?Memang saya ada juga terdengar benda ini, saya minta maaf kepada wartawan-wartawan sekiranya saya tidak dapat memenuhi permintaan kalian semua.

?Saya cukup sibuk dengan penggambaran beberapa drama sebelum ini malah untuk menghabiskan tempoh penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta pun saya ambil masa selama empat bulan.

?Saya harap janganlah perbesarkan lagi isu-isu seumpama ini. Bagi saya wartawan dan artis saling memerlukan, tanpa wartawan artis juga tak ke mana-mana,” ujar anak jati Kelantan ini.

Dia yang kini berehat buat sementara waktu daripada sebarang aktiviti penggambaran juga dalam persiapan untuk menghabiskan pengajiannya dalam bidang psikologi di sebuah kolej di ibu kota yang sebelum ini tertangguh dek kekangan masa.

?Persediaan untuk masa depan kena ada. Saya tidak boleh mengharapkan lakonan semata-mata. Ketika ini ya, saya diminati dan mendapat banyak tawaran berlakon.

?Tetapi nasib saya selepas ini masih lagi belum diketahui, jadi bidang pengajian juga menjadi keutamaan bagi saya ketika ini kerana itulah bekalan saya untuk masa depan,” jelasnya lagi.

Doakan MH370

Dalam pada itu, isu mengenai kehilangan sebuah pesawat milik MAS, MH370 juga turut menarik perhatian Nelydia yang nyata terkejut dengan kejadian tersebut.

?Sebenarnya pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid itu adalah kenalan saya. Saya kenal dia sebelum ini di Shah Alam, Selangor. Bagi saya kita semua sama-sama berdoa kepada Allah agar semua mangsa berada dalam keadaan selamat. Diharapkan segala keajaiban hadir tidak lama lagi.

?Jangan berhenti berharap kerana Allah yang menentukan segala penyelesaiannya kerana Dia maha mengetahui. Doa adalah senjata kita,” ujarnya.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");