Jenayah

Tak mampu bendung air mata

waris10Arni Marlina tidak mampu menahan air mata memikirkan apa sebenarnya terjadi kepada adiknya Razhan Zamami yang merupakan salah seorang penumpang MH370:-

Pada saat dan ketika ini, tiada apa yang mampu dilakukan oleh kaum keluarga dan sanak saudara kesemua 239 penumpang pesawat MH370 yang statusnya sehingga kini masih hilang. Hanya doa dan air mata mengiringi harapan mereka agar anak, abang adik, kakak serta sesiapa saja yang berada di dalam pesawat itu selamat. Tentunya kehilangan dalam tempoh lebih 24 jam di udara tanpa ada jejak terakhir adalah sesuatu yang di luar akal fikiran.

Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Keajaiban ada di mana-mana, justeru pelbagai usaha dilakukan termasuk berdoa dan menunaikan solat hajat agar keajaiban itu akhirnya menjadi kenyataan.

Kaum keluarga penumpang pelbagai bangsa dan agama yang ditempatkan di Hotel The Everly adakalanya tidak dapat menahan sebak dan tangis apabila mengenangkan kejadian yang berlaku sekelip mata. Ada yang membaca surah Yaasin, dan ada juga yang bertafakur, mengharapkan apa yang berlaku hanyalah satu mimpi, biar pun keadaan yang dilalui amat sukar.

MAS berusaha sedaya upaya untuk menenangkan keluarga penumpang dengan memberi taklimat dari semasa ke semasa selain menyediakan jururawat serta pakar kaunseling bagi memulihkan trauma mereka.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");