Jenayah

Tiga sekawan kena tipu

tiga sekawan kena tipu

SUNGKAI – Tiga pekerja kolam ikan di Kampung Menderang, di sini, rugi setelah ditipu seorang lelaki yang memperkenalkan diri  sebagai pegawai daripada institusi perbankan, pagi Isnin lalu.

Mangsa, Marzuki Johari, 39, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Rosli dari sebuah bank di Tapah datang ke warung berhampiran kolam ikan dijaganya mahu berbincang mengenai urusan kerja.

“Pada mulanya, suspek beritahu mahu buat aktiviti di kolam tempat saya bekerja dan setelah berbincang mengenainya, dia mula bercerita mengenai tender penjualan motosikal yang akan dikeluarkan di Tapah tidak lama lagi.

“Dia bercakap secara terperinci mengenai proses mendapatkan motosikal lelong itu dan membuatkannya kami percaya,” katanya.

Menurutnya, suspek juga turun berjanji akan mendapatkan motosikal yang mereka mahukan dengan segera namun perlu membayar sejumlah wang sebagai cagaran.

“Saya membayar sebanyak RM250 sebagai deposit mendapatkan motosikal Yamaha LC, manakala dua rakan masing-masing memberi cagaran RM180 bagi motosikal Honda Ex5 pada hari sama,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Abu Bakar Tan, 53, berkata, selepas menyerahkan keseluruhan wang cagaran sebanyak RM610, suspek memberitahu mereka boleh mendapatkan motosikal itu pada petang hari yang sama.

“Kami membuat keputusan menghubunginya setelah menunggu pada petang dijanjikan bagi mendapatkan perkembangan, namun panggilan yang dibuat tidak berjawab sebelum talian dimatikan.

“Ketika itu, kami sudah tidak sedap hati dan pada keesokan harinya kami nekad ke bank tempat suspek itu bekerja. Kami dimaklumkan suspek tidak bekerja di bank terbabit, namun ada seorang pekerja dipecat tidak lama dahulu,” katanya.

Menyedari ditipu, tiga sekawan itu membuat laporan di Balai Polis Sungkai bagi mengelakkan lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuan suspek.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");