Jenayah

TPM harap keluarga nahas MH370 tabah

muhyidin yassin

THE HAGUE – BELANDA. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap keluarga anak kapal dan penumpang MH370 tabah menghadapi situasi sukar pada masa ini.

Beliau menyatakan demikian dalam tweet terbaharunya.

Muhyiddin berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Ketiga Keselamatan Nuklear (NSS) 2014, yang bermula hari ini, dan Forum Dunia esok.

Dalam tweetnya, beliau menyebut “Baru terima berita mengenai MH370, saya berharap agar keluarga anak kapal dan penumpang tabah menghadapi situasi ini”.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mengumumkan penerbangan MH370 dikesan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Sejumlah 53 pemimpin dunia dijemput menghadiri sidang kemuncak itu bagi mengadakan pengaturan khusus untuk menghalang keganasan nuklear termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");