Berita Hari Ini

TPM lancar Yayasan Hijau Malaysia

tpm

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Yayasan Hijau (YaHijau) Malaysia, ditubuhkan untuk menggalakkan gaya hidup mementingkan alam sekitar dalam kalangan rakyat negara ini.

Program anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah di Kompleks Sukan di sini turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri KeTTHA Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

YaHijau berperanan menggalakkan dan meningkatkan kesedaran awam terhadap teknologi hijau dan amalan hijau agar dijadikan budaya hidup.

Penubuhan YaHijau diumumkan semasa pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan dana pelancaran sebanyak RM15 juta. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");