Berita Hari Ini

TPM terima kunjungan 7 ketua perwakilan negara

muhyiddin yassin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat lima duta besar dan dua pesuruhjaya tinggi Malaysia ke luar negara yang baru dilantik.

Pertemuan itu berlangsung di pejabat timbalan perdana menteri di bangunan Parlimen di sini.
Lima duta besar berkenaan ialah Mohamad Sadik Kethergany yang ditugaskan di Hungary, Norman Muhammad (Turkmenistan), Mohd Tarid Sufian (Algeria), Raja Nushirwan Zainal Abidin (Iran) dan Zakri Jaafar (Jordan).

Dua pesuruhjaya tinggi itu ialah Mat Dris Yaacob (Afrika Selatan) dan  Cheong Loon Lai (Ghana).

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada mereka di Istana Negara bulan lepas. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");