Jenayah

Tragedi MH370: Kita wajar ada nilai kemanusiaan

dr maza_1BEKAS Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin meminta rakyat negara ini tidak menjadikan tragedi pesawat MAS MH370 sebagai bahan lawak atau senda gurau.

Dalam twitternya, Dr. Mohd. Asri berkata, jika tidak ada semangat patriotik sekali pun, sekurang-kurangnya rakyat negara ini wajar memiliki nilai kemanusiaan.

“Jika pun kita tiada semangat patriotik, kita wajar ada nilai kemanusiaan. Tragedi MAS yang terhempas bukan bahan lawak ataupun senda gurau.

“Hanya yang dangkal perasaan yang boleh menjadi ia satu mainan. Islam mengajar kita semua berdoa untuk keselamatan dan takziah bagi yang kemalangan,” katanya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");