Sukan Hari Ini

TRW ada kelebihan

TRW 1

Kota Bahru: Jurulatih Kelantan Steve Darby percaya mereka mempunyai sedikit kelebihan ke atas South China dalam pertemuan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Sultan Muhammad IV, malam ini.

Sambil memberitahu, beliau sudah menonton rakaman video perlawanan terakhir membabitkan pencabarnya itu, Darby berkata cabaran utama mereka adalah kepenatan kerana terpaksa beraksi enam perlawanan dalam tempoh 17 hari.

Sehubungan itu, pengendali berusia 59 tahun itu berkata, beliau mengharapkan sentuhan terbaik anak buahnya bagi melakar kemenangan nanti.

“Apa yang penting diri kami sendiri. Kami perlu bermain dengan kekuatan sendiri bagi mencari tiga mata selepas tewas aksi pertama. Tapi bagi saya ia tidak akan mudah kerana South China juga sudah tentu mahu menang kerana mereka juga kecundang perlawanan sulung.

“Tiga mata menjadi keutamaan kedua-dua pasukan malam esok,” katanya pada sidang media perlawanan Kelantan dengan South China bagi saingan Kumpulan G semalam.

Pada aksi pertama saingan, Kelantan yang turut dikenali The Red Warriors (TRW) tewas 3-5 kepada kelab Myanmar, Yangon United manakala South China tumpas di tangan kelab Vietnam, V Ning Binh, 1-3.

Darby yang masih merahsiakan kesebelasan utama Kelantan, mengharapkan mereka yang diturunkan mampu menggalas cabaran memburu kemenangan.

Beliau mahu anak buahnya memanfaatkan aksi di tempat sendiri untuk mencipta kemenangan sambil menjadikan sokongan penonton sebagai penyuntik semangat.

Bagi jurulatih South China Yeung Ching Kwong, kunjungan pasukannya ke Kota Bharu sudah pasti berbekalkan misi memburu kemenangan.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 38 tahun itu optimis dengan kekuatan pasukannya yang turut dibarisi beberapa pemain kebangsaan akan berupaya memberi saingan kepada Kelantan.

“Pasukan saya sudah tentu berdepan tentangan sengit kerana Kelantan juga mahu menang di gelanggang sendiri.

“Apapun, saya harapkan satu mata, jika menang, itu bonus,” katanya.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");