Berita Hari Ini

Usahawan Bumiputera perlu sertai rantaian niaga

hamim samuri

USAHAWAN Bumiputera harus mengambil peranan yang lebih besar dalam rantaian perniagaan supaya tidak terpinggir dalam pertumbuhan ekonomi, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri.

Katanya, usahawan Bumiputera mempunyai ruang untuk berjaya di Malaysia yang subur ekonominya dan harus mengambil peranan supaya dapat menjadi sebahagian daripada masyarakat peniaga yang sihat.

“Usahawan Bumiputera dalam perniagaan ada kekuatan iaitu mempunyai masyarakat pengguna terbesar di negara. Kita mempunyai bilangan penduduk Melayu yang ramai tetapi jumlah peniaga tidak banyak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Siri Jelajah Kongres Usahawan Muda Negeri Pulau Pinang, malam kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Kongres Usahawan Muda Bumiputera Pulau Pinang, Datuk Kadhar Shah Abdul Razak dan Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB), Agil Faisal Ahmad Fadzil.

Hamim berkata, usahawan Bumiputera harus menceburi perniagaan yang lebih besar dan menjadi antara pemain ekonomi penting pada masa akan datang.

“Kalau tidak diketengahkan dari sekarang, mungkin mereka tidak dapat berperanan dalam perniagaan 10 tahun akan datang,” katanya.

Hamim berkata, Kongres Usahawan Muda Bumiputera Pulau Pinang dan GMB dapat membantu golongan usahawan Bumiputera dengan membawa cadangan, isu dan masalah perniagaan mereka
kepada kerajaan pusat dengan pantas.

Katanya, dasar kerajaan pusat adalah sentiasa bersedia mendengar rintihan dan cadangan rakyat di peringkat akar umbi termasuk golongan usahawan khususnya usahawan Bumiputera. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");