Sukan Hari Ini

Venus Williams sertai Terbuka Malaysia

venus 1BEKAS pemain nombor satu dunia, Venus Williams dan pemain nombor 11 dunia, Dominika Cibulkova akan beraksi dalam Terbuka Malaysia BMW 2014 di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) dari 14 hingga 20 April ini.

Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, di samping dua pemain handalan itu juara bertahan Karolina Pliskova dan juara 2012 Hsieh-Su Wei juga dijangka mempamerkan permainan menarik dan mendebarkan penonton.

“Kejohanan ini akan sekali lagi menyaksikan 32 pemain daripada Persatuan Tenis Wanita (WTA), berentap untuk merangkul gelaran juara perseorangan dan beregu.

“Terbuka Malaysia BMW memberi peluang kepada pemain tenis tempatan untuk mengasah dan meningkatkan kemahiran mereka melalui permainan menentang beberapa pemain tenis terbaik dunia,” katanya, semalam.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");