Membawang Hari Ini

Wan Alias CEO baru TV AlHijrah

hijrahPengurus Besar Pembangunan dan Kawalan Kandungan TV AlHijrah Che Wan Alias Che Wan Abdullah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah berkuat kuasa 18 Februari lepas.

Tokoh Maulidur Rasul 2013 itu menggantikan Allahyarham Datuk Bukhari Che Muda yang meninggal dunia pada 10 November lepas akibat penyakit barah, menurut kenyataan AlHijrah Media Corporation di sini hari ini.

Che Wan Alias, berkelulusan Universiti Al-Azhar, Kaherah dalam bidang Bahasa Arab, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, pernah bertugas sebagai guru dan pegawai perkhidmatan Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum menyertai TV AlHijrah, beliau adalah Penolong Pengurus Editorial Kandungan di TV3 dan Pengurus Kanan Penerbitan Islam di TV9.

Antara program televisyen popular yang dihasilkannya ialah Jejak Rasul, Al-Kulliyyah, Al-Hidayah, Halaqah, Program Realiti Akademi Al-Quran dan Cari Menantu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");