Isu Panas

Wan Azizah bukan wakil rakyat yang baik – Kak Min

dr wan azizahBekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kak Min yang kenal benar denganDatin Seri Wan Azizah mengakui rakan rapatnya satu masa dahulu tidak mampu menjadi wakil rakyat yang baik.

“Dia (Wan Azizah) bukan pemimpin yang baik. Dia jadi wakil rakyat daripada dahulu lagi sebelum diambil alih oleh suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Dia tidak buat apa-apa pun di Permatang Pauh,” ujarnya yang kini Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) di sini petang tadi.

Justeru, Kak Min menasihati pengundi Kajang supaya jangan mengundi Wan Azizah pada PRK 23 Mac ini kerana bimbang situasi rakyat di Permatang Pauh yang dipinggirkan akan menimpa penduduk di sini.

Mengenai Anwar, katanya, Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang itu hanya memainkan skrip yang sama kerana menamakan isterinya, Wan Azizah yang dahulu pernah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi memberi laluan kepada Anwar.

“Masa Anwar kata nak bertanding di Kajang, Kak Min suruh dia jaga Permatang Pauh tu dulu..sana pun macam-macam hal..pastu nak Putrajaya. La suh bini dia pula ganti. Sama sahaja la. Kak Min nasihat pengundi Kajang undi BN. Pengundi kena fikir masak-masak dahulu,” jelasnya.

Ditanya kenapa Anwar mudah menang di Permatang Pauh, Kak Min menegaskan, sokongan orang kuat Anwar masih ramai di sana semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO dahulu.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan juga menasihati pengundi Kajang supaya jangan terpengaruh dengan pujukan dan rayuan Wan Azizah kerana Presiden PKR itu telah menjadikan pengundi seakan-akan tidak bermakna kerana sewenang-wenangnya wakil rakyatnya meletakkan jawatan tanpa sebab kukuh bagi mengadakan PRK.-

-MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");